Program Subsidi Carseat 2022

Permohonan Subsidi CRS 2022
Kini Bermula!

 

Subsidi sehingga RM150 pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

 

Subsidi sebanyak 50% atau RM150 maksima akan diberi kepada 188,000 pemohon terawal. Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:
 

Permohonan boleh dibuat di laman www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac - 30 September 2022. Pemohon yang layak boleh membuat pembelian mulai 1 April - 31 October 2022 dari kami di Little Kid's Nest yang merupakan wakil penjual sah CRS yang disenaraikan oleh MIROS.
 


 

Jika anda memenuhi kriteria seperti di bawah , tunggu ape lagi! 
 

Siapa yang layak menerima subsidi CRS ini?

 

  • Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40
  • Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak LHDN/e-Kasih ICU
  • Berkahwin dan mempunyai anak yang berusia kurang dari 12 tahun
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang berusia kurang dari 12 tahun
  • Warganegara yang menetap di Malaysia
  • Anak angkat mestilah yang berdaftar dengan JPN
  • Satu keluarga hanya layak menuntut rebat untuk satu CRS sahaja
  • Terhad kepada 188,000 pemohon terawal

 

Kriteria CRS yang ditetapkan oleh MIROS dalam program subsidi CRS 2022 adalah pelbagai jenama CRS yang mempunyai kelulusan piawaian keselamatan negara Eropah ECE R44/04 dan CTA JPJ serta dilengkapi dengan kod QR MIROS.

 

Jangan lupa membuat permohonan di pautan berikut :
http://www.mycrs.gov.my


#buckleupbuttercup #babycarseat #childsafetyseat #staysafe #mycrs #subsidicarseat #subsidicarseat2022 #bajet2022 #crs #littlekidsnest